Thursday, January 14, 2010

Utusan Malaysia tidak adil!

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini dan tulisan ini adalah rentetan daripada kecenderungan akhbar utusan membawa berita seruan daripada golongan ternama kristian sendiri supaya menarik penggunaan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan.

Baru2 ini saya pun telah menulis di dalam blog saya yang lain bahawa tiada masalah besar kalau mereka nak guna nama Allah nak rujuk pada tuhan, sebab yang saya beri ialah memang terbukti di dalam sejarah bahawa Allah adalah perkataan universal masyarakat arab terhadap rujukan atau panggilan terhadap tuhan.

Tetapi saya rasa terpanggil untuk menjelaskan lebih lanjut berkenaan perkara ini, kerana pada penulisan terakhir saya tulis atas pagar, di sini biar saya nyatakankan pandangan saya. Saya tidak mempunyai masalah orang kristian Malaysia mahu guna nama Allah sebagai rujukan terhadap nama tuhan diatas sebab2 berikut:

1 - Tidak wajar umat Islam kini rasa tercabar kerana pada zaman Nabi S.A.W. dahulu dikalangan masyarakat arab, tidak sekali pun Nabi S.A.W. membantah orang bukan Islam yang beragama selain Islam menggunakan nama Allah sebagai rujukan kepada nama tuhan mereka. Malah masyarakat arab dahulu, sama ada Yahudi atau Nasrani tidak menolak bahawa Allah itu tuhan malah tuhan yang mereka sembah (tetapi telah menyimpang, walaubagaimanapun, mereka tetap sembah Allah), mereka hanya menolak mengapa Nabi S.A.W. diturunkan dikalangan arab jahiliah sehina-hina, sesesat-sesat kaum pada ketika itu.

Jikalau pada waktu tersebut ditika Nabi S.A.W. hidup tiada bantahan pun terhadap penggunaan Allah, dari mana kita dapat justifikasi bahawa Allah itu ekslusif nama tuhan orang Islam. Bukankah Kristian juga sembah Allah sama seperti zaman Nabi dahulu, dimana dulu ada tritini sekarang pun ada triniti yang dibawa (diubah dari asal) oleh Saint Paulus.

2 - Sebab kedua saya ialah, tidak lain dan tidak bukan bahawa tiada justifikasi untuk larang orang Kristian guna nama Allah sebagai rujukan pada tuhan bukan datang dari agama tetapi dari ketakutan yang ada pada sesetengah orang Islam yang berbangsa Melayu yang mempunyai maslah infeririti kompleks sejak turun temurun dari nenek moyang mereka, bila golongan ini mempunyai kuasa sedikit ia tidak boleh dicabar walaupun mereka sebenarnya golongan yang paling patut menyokong tindakan itu. Contohnya ialah, tentang hal guna nama Allah oleh orang Kristian ini, dahulu Nabi S.A.W. tidak pernah larang, tetapi sekarang entah mane2 mereka belajar atau pikir, tiba2 orang kristian tidak boleh panggil tuhan mereka dengan nama Allah.

3 - Sebab ketiga adalah tiada faedah kita melarang mereka berbuat demikian, sudahlah keadaan kita lemah sekarang dengan pelbagai tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap Islam, kita hanya memburukkan lagi keadaan yang mengakibatkan seolah-olah Islam ini sempit betul, kurang ilmu dan langsung tidak toleran. Sudahlah Nabi S.A.W. tidak melarang, kita pula nak sibuk2 larang di atas dasar hukum yang kita sendiri wujudkan. Perlulah untuk saya nyatakan di sini, janganlah kita rendahkan martabat agama Islam itu sendiri dalam usaha kita untuk protektif terhadap bangsa kita, kerana saya percaya Nabi S.A.W. atau Allah S.W.T. amat marah akan tindakan ini.

Sekian, Islam itu indah bukan alat untuk segolongan bangsa yang takut pada bayang2 sendiri.