Sunday, February 14, 2010

Satu Cadangan kepada Kerajaan Barisan Nasional

Ekonomi kini, walau dalam keadaan yang kurang selesa, tetapi boleh dikatakan bahawa ia stabil untuk negara. Walaupun begitu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah masih lagi tersepit dengan peningkatan harga barang. BUkan itu sahaja, graduan universiti juga sukar untuk mendapat pekerjaan yang tetap disebabkan pengembangan ekonomi yang perlahan.

Atas sebab diatas saya mencadang agar kerajaan mengambil langkah proaktif yang lebih besar untuk mengembangkan ekonomi langsung memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Apa yang boleh dilakukan, kerajaan jika tidak mahu mengguna tanah di dalam negara, perlu melakukan pelaburan yang besar di negara2 membangun dan cuba untuk menghantar rakyat negara ini untuk bekerja disana sama ada dalam bidang professional atau pun buruh.

Banyak sektor perniagaan yang boleh diterokai, contoh, di Indonesia, kita boleh meningkatkan pendapatan pertanian dengan menggunakan tanah mereka yang luas dan tenaga pekerja mereka yang murah, tindakan yang di ambil oleh Tabung Haji untuk melabur di Indonesia adalah satu cara yang patut dipertingkatkan lagi. Bagitu juga PETRONAS yang melakukan cari gali di luar negara.

Di dalam negara pula kerajaan perlu meneruskan projek2 mega, kerana ia akan membarikan kontrak yang amat banyak. Dari kontrak tersebut akan lahirlah lebih banyak peluang2 pekerjaan dan juga peluang2 perniagaan sama ada sewaktu penyiapan projek mahupun setelah projek siap, semua lapisan masyarakat akan dapat menikmati dari peruntukan yang diberikan.

Anatar aprojek2 nesar di dalam negara yang boleh saya namakan disini adalah penggalian terusan antara sempadan Thailand dan Malaysia yang akan membuka peluang pekerjaan yang amat besar, bukan sahaja ia akan menghasilkan peluang pekerjaan yang besar malah peluang perniagaan dan pelaburan luar tanpa henti.

Dalm usaha memberi kemudahan kepada rakyat, kerajaan boleh memecahkan monopoli peruncit dan pemborong dalam pembekalan barangan asas kepada rakyat. Kerajaan boleh menubuhkan satu syarikat francise yang mampu untuk memberikan barangan asas pada harga murah dan juga peluang pekerjaan yang banyak dari segi pengurusan, penghantaran, pembantu pemasaran dan juga pembantu kedai. Konsep kedai seperti ini patut mampu dicapai oleh segenap besar masyarakat.