Sunday, May 2, 2010

Tahniah Barisan Nasional

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah diatas kemenangan Barisan nasional dalam pilihanraya kecil di kawasan Hulu Selangor baru2 ini. Memang ternyata bahawa Barisan Nasional telah berjaya memulihkan imejnya dikalangan rakyat negara ini. Kepada penyokong parti Pakatan Rakyat, jadikanlah apa yang berlaku tempohari sebagai pengajaran supaya harapan membawa perubahan di Malaysia tercapai.

Saya menulis ini bukan hanya semata-mata untuk mengucap tahniah kepada Barisan Nasional, tetapi saya mempunyai mesej kepada pendukung dan penggerak dalam Pakatan Rakyat - sesiapa yang berkenaan.

Adalah sesuatu yang menyedihkan melihat apa yang telah berlaku kepada Pakatan Rakyat baru2 ini. Tindakan keluar parti yang banyak dilakukan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima lagi. Mungkin suatu ketika dahulu bahawa siapa yang keluar parti akan dilabel sebagai pengkhianat kepada pilihan rakyat, yang secara umumnya menyokong parti daripada calon itu sendiri. Tetapi sekarangt sudah terlalu ramai dan masyarakat umum tidak lagi memandang tindakan keluar parti itu merupakan satu langkah yang paling akhir atau bukan satu kebiasaan. Ini adalah amat merbahaya memandangkan bila rakyat sudah menunjukkan kemampuan untuk memaafkan ahli2 yang lompat, ini menunjuk bahawa Pakatan Rakyat semakin hilang pengaruhnya.

Seperkara lagi berkenaan dengan Parti Keadilan, bagi saya parti ini sakit, kerana terlalu ramai ahlinya yang keluar parti. Sebagai parti yang menjadi jambatan kepada dua parti kaumj utama iaitu PAS dan DAP, kewibawaan parti Keadilan sepatutnya lebih membanggakan, tetapi realiti sekarang amat menyedihkan. Terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh orang2 bekas PKR tentang buruknya Anwar. Realitinya tidak mengapa bila orang lawan seperti parti UMNO mengutuk pembangkan, tetapi kalau bekas pembangkang sendiri yang mengutuk pembangkang, ini sesuatu yang tidak boleh dibiarkan kerana mereka mempunyai peluang untuk mempengaruhi pemikiran rakyat berkenaan dengan kebolehan untuk menerima cerita.

Kini saya fikir DSAI memang lemah kerana tidak dapat mengawal orang dalam parti sendiri, jikalau PKR tak mau ubah mungkin impian untuk menang pilihyan raya seterusnya akan berubah.

Berkenaan dengan Barisan Nasional, rakyat kini mempunyai perasaan yang dingin terhadap pakatan, bukan sahaja Barisan sudah berjaya memulih persepsi, malah Batisan Nasional kini sudah sedikit demi sedikit mengambil apa yang telah diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Contoh, lihat konsep 1 Malaysia - kalau takda penerimaan rakyat terhadap konsep Malaysian Malaysia, sudah tentu tidak akan ada slogan 1 Malaysia ini. Lihat perkara lain, dalam hal kebajikan rakyat, Barisan nasional sudah nampak mengambil berat terhadap kebajikan rakyat - lebih2 lagi kerajaan bawah pimpinan Najib, memang telah berjaya menawan hati rakyat. Banyak lagi hal2 yang kerajaan telah berjaya dan jika Pakatan Rakyat masih gagal membuktikan kemampuan mereka menjadi alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional, sah memang next election, Pakatan kalah.