Tuesday, May 26, 2009

Malaysia perlu ini sekarang...

PEMBANGUNAN FIZIKAL TIDAK SEHARUSNYA MENINGGALKAN PEMBANGUNAN SOSIAL

Negara kita sudah mencapai satu tahap dimana, pembangunan infrasruktur adalah memuaskan atau boleh dikatakan sebagai sesuatu yang boleh kita banggakan sebagai sebuah Negara membangun.

Rakyat hidup dalam keadaan yang cukup serba-serbi dengan pelbagai perkhidmatan yang diberikan, mahupun di dalam bidang pendidikan sehinggalah ke jalan2 yang kita punyai pada hari ini, memandangkan pertambahan penduduk, kini, kita dapat bahawa jalan2 kita sekarang amatlah sesak. Tetapi itu bukanlah initipati ucapan saya pada hari ini.

Tuan2 dan puan2 yang saya hormati, di dalam pembangunan sesebuah tamadun, aspek kemajuan fizikal perlu seimbang dengan kemajuan social masyarakat. Ini adalah penting kerana tidak guna kalau kita punyai segala kemodenan teapi kita meninggalkan apa yang baik yang patut diamalkan oleh setiap individu.

Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al mukaddimah pernah mengatakan bahawa tanda kejatuhan sesebuah empayar bermula dengan berleluasa masalah social. Disebabkan itulah, mengapa perlunya pembangunan dapat diseimbangkan dengan pembangunan social masyarakat.

Untuk memastikan bahawa pembangunan social masyarakat, apa yang amat penting adalah kepuasan dan kesenangan hati dikalangan semua golongan masyarakat, daripada ini, lahirlah perasaan dikalangan masyarakat yang tertentu, yang tidak tertekan dengan beban hidup. Apabila tekanan terhadap beban hidup dikurang maka, barulah tumpuan dapat diberikan kepada pembangunan social.

Itulah yang menjadi isu saya pada hari ini, walaupun kita bergerak maju, dengan pembangunan yang begitu pesat, masih banyak lagi, kemiskinan atau kalau tak miskin, ketidakcukupan pendapatan serta ketidak seimbangan ekonomi antara satu golongan kecil dan golongan yang besar yang lain. Ini amat menyedihkan kerana, walaupun kita bergerak maju dari segi infrastrukturnya, kita masih lagi mempunyai masalah kemiskinan dan ketinggalan, terutamanya apabila ia amat berkaitan dengan bangsa2 tertentu.

Ini sudah tentu akan mewujudkan suasana yang tegang dan tidak puas hati di dalam masyarakat dan seterusnya, menghampakan harapan untuk pembangunan social dalam usaha mencapai keseimbangan diantara pembangunan fizikal dan social. Lihat Singapura, walaupun mereka maju, tetapi mereka tidak memberi perhatian kepada golongan minority, dan golongan minoriti kebanyakannya lari ke Negara lain untuk mendapat nasib dan layanan yang lebih baik. Lihat bagaimana golongan minority mereka tertindas akibat kerakusan dan ketamakan mereka dalam mengejar pembangunan. Adakah situasi yang sama patut berlaku keapda kita di Pulau Pinang?

Ini adalah penting untuk ditangani, lebih banyak program yang bersifat, melengkapkan golongan2 yang kurang statusnya dari segi keewangan untuk bersama2 mempunyai kemampuan untuk mencapai tahap dimana mereka selesa dengan keewangan mereka dan bangga dengan golongan mereka. Ini sudah tentu mampu menyelesaikan masalah tidak puas hati dari satu golongan yang dikatakan kurang kemampuan ekonomi dengan golongan yang lebih mampu.

Sebagai hasilnya yang jelas, kita akan memperolehi masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi fizikal, malah stabil dari soal social.

DEMOKRASI MALAYSIA: MENGAPA PATUT PILIH CALON BEBAS

Tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian.

Jikalau kita lihat di dalam amalan demokrasi di Negara kita, saya berpendapat kita tidak matang lagi, lihatlah situasi di Perak, dimana rakyat, pada akhirnya terpaksa menanggung kerugian dan malu akibat daripada perebutan kuasa dari dua belah pihak. Pakatan Rakyat sibuk dengan perjuangan mereka yang menegakkan suara rakyat – entah betulkah itu yang mereka fikir dan juga Barisan Nasional yang tidak sabar2 nak memerintah sehingga tidak boleh menunggu untuk pilihanraya yang akan dating untuk menawan semula negeri perak.

Situasi begini, bagi saya adalah amat memalukan, tidakkah kita patut menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dan tidakkah jua kita patut menghormati undang2 dan system raja berpelambagaan yang kita ada. Dalam hal ini, saya letakkan pada pihak tuan2 dan puan2 untuk memikirkannya.

Selain dari itu, lihat di dalam politik berparti di peringkat nasional, di dalam parlimen, adalah dianggap suatu yang salah apabila ahli mana2 parti pembangkang mahupun parti kerajaan menyokong apa yang dikatan oleh pihak dari bukan parti mereka, walaupun hal yang dikatakan itu benar dan baik. Walaupun Barisan Nasional mempunyai peraturan yang menyebabkan digantungnya seseorang ahli itu jikalau menyokong usul pembangkang, pihak pembangkang walaupun tidak mempunyai peraturan sedemikian, turut mempunyai sikap yang serupa.

Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan di dalam negara kita, walaupun mana usul tidak kira datang dari pihak mana sekali pun, kalau baik, tidak akan dapat sokongan disebabkan peraturan atau amalan ini. Sepatutnya wakil rakyat bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat mereka, tempat dimana mereka diundi, dengan ini suara mereka lebih terjaga. Inilah buruknya sekarang kalau, wakil kita datang dari mana2 parti.

Dalam keadaan begini adalah amat baik jika kita memilih calon bebas, kerana mereka tidak terikat dengan amalan ini. Mereka bebas menyuarakan masalah rakyat dan menyokong usul2 yang baik tanpa perlu menghiraukan kesan buruk yang akan diterima dari parti masing2. Dengan cara ini, nasib rakyat lebih terbela, dimana suara rakyat akan lebih berkuasa daripada suara sesebuah parti.

KERAJAAN YANG STABIL PENTING

Adalah lebih naik jikalau kita punyai ramai wakil bebas dengan ini, tidak kisah apa usul daripada mana2 parti sama ada kerajaan atau pembangkang, pihak bebas dapat memberi kata putus tentang apa yang baik untuk Negara.

Dalam scenario politik Negara kita ini, dimana sokongan terhadap kerajaan terbahagi dua, adalah penting untuk kita memilih calon bebas kerana kerajaan atau pembangkang mungkin mempunyai agenda tersendiri, tetapi calon bebas tidak terikat kepada kepentingan ini. Dengan ini rakyat lebih terbela apabila calon2 bebas dapat menyokong mana2 usul yang difikirkan baik untuk rakyat terutama yang dipilih dari kawasannya sendiri.

Secara tidak langsung ini akan mewujudkan situasi kerajaan yang stabil dimana, kerajaan akan berfikir panjang untuk mengambil sesuatu tindakan, serupa juga untuk pembangkang.

Jikalau situasi ini dapat diwujubkan dalam satu jangka masa yang panjang, kita akan mempunyai sebuah Negara dengan amaln demokrasi yang matang dimana, ahli2 wakil2 rakyat akan turut sama menyokong usul yang baik dan bukan apa yang parti mereka mahukan. Sekali lagi, nasib rakyat lebih terbela. Golongan minority terutama dari segi ekonomi akan mendapat manfaat, kerana dengan cara inilah wujudnya kerajaan yang lebih adil, tidak kira Barisan nasional atau Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment