Saya menulis post ini untuk memberi gambaran dan maklumat mengenai majlis pra-graduasi yang telah diadakan semalam. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa majlis yang telah melaksanakan majlis tersebut dengan jayanya. Walaupun pelbagai halangan yang mereka hadapi, apa yang telah saya saksikan malam tadi adalah satu bukti bahawa memang orang2 yang menjalankan majlis tersebut bukan calang2 orang kerana halangan yang mereka hadapi adalah amat sukar.
Salah seorang daripada ketua pelajar, N, batch tersebut sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk menjalankan majlis tersebut, tetapi beliau tidak mahu melakukannya demi menjaga kepentingan para pelajar lain. Pada pandangan beliau, pelajar part tersebut adalah sedikit liar - oleh kerana risau akan reputasi para pelajar terjejas di mana para pentadbir dan pensyarah, beliau tidak melakukan majlis tersebut.
Tugas untuk melaksanakan majlis tersebut kemudian diambil oleh seorang lagi pelajar, A, yang hanya mempunyai masa kurang dua bulan untuk menjayakan majlis tersebut. Pelbagai pandangan dicari, sama ada dari segi kesesuaian, tempat, kepuasan pelajar dan sebarang permintaan. Boleh dikatakan hampit sebulan masa digunakan untuk merancang, mendapat kelulusan proposal, mengumpul tenaga kerja yang terdiri daripada pelajar sendiri dan memilih tempat.
Tugas2 ini adalah amat sukar, walaupun nitijahnya agak mudah, keadaan masa yang suntuk, kerenah (permintaan) yang ada, dan kekangan2 lain menjadikan tugas memulakan majlis ini, merupakan antara perkara yang paling susah untuk dilakukan. Boleh kata, kalau dulu ada masalah tak sampai sakit kepala sampai sebulan, tapi kali ini hampir sebulan, kepala mesti akan merasa sakit.
Tidak lama kemudian tugas tersebut digalas oleh orang lain, A, diatas sebab2 tertentu, orang sebelumnya, menarik diri. Ternyata kehadiran orang ini di dalam ahli jawatan kuasa merubah segalanya, bajet dapat kelulusan dan perancangan yang lebih rapi dan telus telah dilakukan. Memang terbukti bahawa orang ini adalah seorang insan yang hebat, tetapi sehebat-hebatnya, orang tersebut telah jatuh sakit dan terpaksa duduk berehat untuk maktu sekian lama.
Dalam keadaan tersebut, ketika dalam masa yang akhir2 sebelum majlis tersebut berlaku, 2 orang dari ahli jawatankuasa, (P & A), telah mengambil tanggungjawab, tenyata mereka adalah penyelesai masalah yang rumit, walaupun hanya tinggal beberapa hari sahaja, mereka telah berjaya menggerakkan ahli jawatankuasa terhadap tanggungjawab masing2 dan sehingga pada hari2 akhir, pelbagai masalah yang timbul dapat deselesaikan dan hasilnya dapat dilihat pada malam tadi - kelancaran majlis, makanan yang sedap, para pensyarah dan pelajar yang amat berpuas hati.
Inilah yang saya maksudkan sebagai manusia2 yang hebat, mereka berjaya melaksanakan majlis ini dengan jayanya - segala konflik telah diatasi dengan bijak dan matang, tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada semua ahli jawatan kuasa.
Tetapi izinkan saya menyatakan beberapa kritikan disini, kepada yang berkenaan:
1 - Kegiatan membawa cerita hendaklah difikirkan dahulu sebelum dilakukan, siasat dahulu kebenarannya, fahami dahulu bahawa memang betul bawa cerita atau pun salah faham, selepas itu barulah mengambil tindakan masing2, jangan terlalu cepat melenting - kerana kadang2 perkara yang tidak benar dan perkara yang berasaskan salah faham menjadi sumber perpecahan. Dalam mengambil tindakan, janganlah terlalu ekstrem, setiap orang yang waras, akan punyai sebab munasabah untuk melakukan sesuatu, berkomunikasilah dengan cara yang baik, tak perlu hendak terlalu ofensif atau terlalu defensif - kedua2 pihak memain peranan.
2 - Hormatilah, segala cadangan atau permintaan, walaupun tidak munasabah, hendaklah ianya dihormati - tidak semestinya kita menghormati sesuatu cadangan yang kita perlu mengikutinya. Apabila kita belajar menghormati cadangan dan saranan, ia sebenarnya akan mendidik kita agar bersikap sederhana dan tidak terlalu defensif untuk mempertahankan diri kita., dan sebagai kesan melahirkan suasana yang tenteram kurang konflik.
3 - Kotakanlah janji kita, jikalau satu pihak telah melakukan satu pengorbanan besar untuk tindakan dari pihak yang satu lagi, maka adalah tidak wajar pihak yang satu lagi untuk mengkhianati perjanjian tersebut. Ingatlah, apabila satu pihak tadi sanggup melaksanakan satu pengorbanan besar - maka ia beranggapan bahawa pihak yang lagi satu itu mempunyai kualiti yang amat tinggi dan amat diperlukan, adalah kejam untuk meninggalkan perjanjian tersebut.
4 - Bersederhanalah dalam semua hal, kita tidak rugi apa2 kalau bersikap sederhana, malah kita amat beruntung kalau bersikap demikian, bukan sahaja kemahuan kita dipenuhi, malah orang lainb pun tidak jadi marah - kita hidup didunia ini mungkin lama atau sekejap, mahu atau tidak akan berjumpa, jikalau ada sakit hati itu, maka jumpa pun tak sedap, ini adalah satu keadaan yang merugikan kedua2 pihak.
Itulah pandangan saya berkenaan majlis ini, keseluruhan, majlis ini berjaya memenuhi objektifnya - fakulti mahu akademik pengisian dan pelajar mahu keriangan sebelum berpisah untuk semester akhir bagi sesetengah pelajar. Yang masalah bukan hal kerja, tetapi sikap dan hati kita.
Saya pohon maaf jikalau ada pihak yang terasa makan hati, tetapi percayalah, apa yang saya tulis ini bukan untuk mengutuk tetapi lebih untuk berkongsi pendapat saya dan nasihat sesama kita, saya pun bukan sempurna dan terbuka kepada teguran.
Sekian...
"United We Stand"

No comments:
Post a Comment