Friday, April 22, 2011

Din balik Melaka bersama mak saudaranya besok

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat yang baru memulakan hidup setelah pengajian, Aizuddin Sapian atau 'Din,' 23, merancang untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka esok bersama mak saudaranya Mak Bik.

Din yang dijadualkan bertolak dari Shah Alam malam ini untuk mengemas barangnya akan ke Cheras terlebih dahulu untuk bermalam disana sebelum bertolak ke negeri kelahirannya Melaka.

"Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang saya terima dari Din, itu saja yang saya maklum," kata Pegawai Perhubungan Awam Dbsolutions yang mahu namanya dirahsiakan.

Dbsolutions merupakan syarikat tidak berdaftar yang diasaskan Din Disember lepas untuk menceburi bidang perniagaan secara serius yang kini kembali membuat keuntungan setelah mengalami kerugian hampir dua bulan tahun ini.

1 comment: