Friday, April 22, 2011

Malu gagal potong 'queue' tol lakon samseng guna 'walkie-talkie' takutkan Din

SHAH ALAM: Seorang pemandu kereta Satria Neo bewarna 'silver' apabila berlakon samseng guna 'walkie-talkie' untuk tujuan mengugut ketika memandu di Federal Highway bersama 'aweknya' gelabah apabila malu setelah cubaannya untuk memotong barisan kereta yang menunggu untuk membayar tol gagal.

Menurut seorang rakyat Malaysia yang bukan sesiapa Aizuddin Sapian atau 'Din', 23, "waktu itu ramai orang telah sampai dulu dan sabar dengan beratur, tetapi amat mengejutkan apabila pemandu kereta Satria Neo, yang waktu itu bersama 'aweknya' telah cuba untuk memotong barisan di Plaza Tol Batu Tiga," katanya yang telah menyebabkan pemandu Satria 'Silver' itu ketinggalan setelah cubaan memotongnya gagal.

Namun pemandu Satria itu kembali membuat kacau apabila cuba mencucuk Din yang pada masa itu sedang memandu kereta 'Lancer' biru lalu terpaksa berhenti meneruskan cubaannya apabila Din brek di tengah lebuh raya yang sibuk ketika itu, menurut saksi yang tidak mahu dinamakan.

Din pada itu berkata, " saya brek sebab dia main cucuk belakang, saya fikir setelah cubaan memotongnya tadi gagal dia berhenti, tetapi setelah saya brek dia potong kanan dan waktu itu saya lihat dia yang sebelum ini tidak bersongkok tiba-tiba pakai songkok dan seolah bercakap dengan 'walkie-talkie'," katanya merujuk pada kelakuan pemandu Satria itu yang gelabah apabila dimalukan tadi.

Walaubagaimanapun, cubaan Din memberi pengajaran gagal apabila sudah hampir dengan susur keluar ke Bulatan Kayangan manakala pemandu kereta satria gelabah itu terus memecut dan hilang dari pandangan Din.

No comments:

Post a Comment