KUALA LUMPUR: Aizuddin Sapian atau 'Din,' 23, telah menghadapi kesukaran apabila motosikal tunggangannya telah mengalami kegagalan fungsi pencucuh api di Plaza Tol '50 sen' kira-kira jam 7.30 petang disini, tadi.
Beliau langkah kanan kerana pada ketika itu kawannya turut menunggang motosikal lain bersamanya untuk pulang ke rumah. Setelah percubaan untuk membaiki motosikal buatan Kriss itu gagal, rakannya telah menunda motosikal terbabit ke rumah yang kebetulan tidak jauh dari lokasi kejadian.
Buat masa ini, motosikal tersebut masih belum dibaiki memandangkan kedai motosikal berdekatan sudah tutup dan bekas lulusan Ijazah Undang-Undang UiTM itu berkata, "nampaknya kalau motosikal ini tak boleh diperbaiki lagi saya akan menumpang kawan saya untuk ke Balai Berita New Straits Times Press (NSTP) esok," katanya semasa ditanya sebaik mengalihkan motosikal.
No comments:
Post a Comment